Keluaran dan sambutan Prasasti_Seni

Prasasti Seni dikeluarkan pada 12 April 2004 dan terjual sebanyak 50, 000.[1][2] unit pada hari pertama pelancarannya. Hasilnya, jualan album ini lebih memberangsangkan berbanding album Aksara oleh Misha Omar. Sehingga lewat 2004, album ini terjual melebihi 100, 000 [1] unit di Malaysia dan 700, 000 unit di Indonesia.[4]

Lagu "Seindah Biasa", "Dialah di Hati" dan "Lagu Rindu" telah dikeluarkan sebagai single, di samping itu, video muzik untuk ketiga-tiga lagu ini juga dikeluarkan. Album ini berjaya memasuki Carta RIM pada minggu keenam di kedudukan pertama carta. "Seindah Biasa", "Dialah di Hati" dan "Lagu Rindu" berjaya menguasai carta muzik tempatan termasuk Carta Era dan Carta Muzik FM, lagu lain termasuk "Pendirianku" dan "Pejam Matamu" mendapat siaran meluas di stesen radio.

Bagi mempromosikan album ini, Siti mengadakan konsert jelajah seluruh Malaysia, Siti Nurhaliza Fantasia Tour.[5] Dengan kerjasama Maxis dan Astro, anggaran kos untuk konsert ini berjumlah RM 5 juta.[5] Menjelajah 14 bandar utama di Malaysia sebelum konsert terakhirnya di Stadium Nasional Bukit Jalil, beliau telah disokong oleh beberapa artis tempatan termasuk peserta Akademi Fantasia musim pertama dan kedua.[6] Biarpun tidak memcapai sasaran hadirin, Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan kejayaan komersial selepas mencapai hampir sejuta peminat yang hadir ke konsert jelajahnya secara keseluruhan.[7]

Rujukan

WikiPedia: Prasasti_Seni http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Hiburan... http://www.hits1.com.my/sejarah1.htm http://www.nib.com.my/archives/text/view/11189721?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/27378442?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/28414238?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/30071480?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/3628457?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44504820?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/46002694?...